Salam pertemuan kepada semua pembaca blog yang sudi singgah di zon krafaina. walaupun anda tersesat atau memang dah menjadi follower atau sesiapa yang selalu mencuci mata dengan barangan kraf. ^_^

Di zon krafaina, anda semua boleh mencuci mata sambil membeli barangan kraft dari benang bulu hasil kerja tangan saya. Antaranya ialah sarung handphone, bookmark, barangan baby [topi, kasut, sarung tangan,headband], brooch,lapik meja, sanggul rambut khas untuk wanita dan banyak lagi.

dari masa ke semasa...saya akan update blog ini.. tapi tidak terlalu kerap...jika diberi keizinan dari segi masa dan kesihatan InsyaAllah saya akan menambah dan update berangan lain yang saya buat...saya sering menumpukan pada barangan yang di tempah..oleh itu...kesibukan tidak dapat dijangka...

selamat melayari bolg 'krafaina'

perjalanan krafaina

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Friday, December 3, 2010

plastik untuk kraf

Assalamualaikum....

salam ukhwah kepada semua pengunjung zon krafaina....
post entry kali ni krafaina tak tunjuk kraf crochet baru...
tapi....
krafaina nak kongsi barang ni dengan crafters yang ada di sini...kalau tak ada di sini, sila ajak kawan-kawan crafter yang lain singgah sebentar di sini....
barang ni mungkin dapat membantu crafters untuk mempamer kraf dengan lebih baik.... ^_^
barangan ini dirasakan sukar didapati di banyak tempat. lama juga krafaina mencari plastik ini...
jom tengok ni....

tadaaaa....

ukuran panjang seperti yg ditunjukkan anak panah dr atas ke bawah..
[bahagian bawah sehingga ke pelekat]
98-100pcs /pack
kepada crefters yang berminat sila email di krafaina@gmail.com
sementara stock masih ada....

p/s: jika ada yang nak saiz lain, sila nyatakan saiz yang anda mahu. krafaina akan cuba mencari saiz yang anda mahu jika ada stok. 
terima kasih~
p/s/s: krafaina akan bercuti sehingga hari selasa.... sebarang pertanyaan akan dijawab selepas hari selasa atau [jika ada masa terluang sepanjang cuti, krafaina akan menjawab email anda]
terima kasih~
p/s/s/s: sebarang tempahan akan dihantar pada hari rabu. sila buat pembayaran ke akaun yang dinyatakan di blog dan email detail [tarikh, masa, jumlah] pembayaran]
terima kasih~

Wednesday, December 1, 2010

topi baby [AinaHat]

Assalamualaikum..

sekarang ni aina sangat busy dengan kehidupan...ke sana..ke sini.. tak duduk diam.
masih belum berpijak di bumi yang nyata lagi...
bukan la bermaksud aina ke bulan... hehehe... tapi kesibukan tak mengizinkan aina berada di sini lama-lama.
tapi aina masih boleh meluangkan masa menjawab semua email yang customer hantar...InsyaAllah....
tapi maaf jika sedikit terlambat...

krafaina telah menyiapkan design topi yang baru... ^_^
tapi tak tahu nak bagi nama apa pada topi ni... hehehe
tak apalah...jom tengok gambar topi...

tadaaaaa..........


gabungan 2 warna benang. topi ni kelihatan terletak...


p/s: kepada sesiapa yang berminat, boleh membuat tempahan melalui email di krafaina@gmail.com

Tuesday, November 23, 2010

shopping benang...

Assalamualaikum....

semoga pelayar-pelayar blog dan crafter yang singgah di zon krafaina sentiasa dilindungi Allah... 

bukan mahu update kraf..cuma berkongsi cerita...
petang tadi tamat sudah final paper untuk exam sem ini...
Aina berasa sungguh lega.. ^_^ setelah berminggu-minggu bertungkus lumus study tanpa menghiraukan keadaan sekeliling... 

sudah lama juga tidak mengait... rindu rasanya...
sekarang mahu siapkan beberapa tempahan headband untuk kenduri hujung minggu ni...

petang tadi exam habis jam 5.30pm. sampai di rumah waktu maghrib. jem di KL membuatkan perjalanan saya menjadi lambat.
jam 8pm saya keluar untuk membeli benang. stock benang sudah hampir habis. 

sampai di kedai pertama, saya minta harga dikurangkan jika saya mahu beli dalam kuantiti yang banyak. aunty kedai cakap, tak boleh sebab benang sudah naik harga. wah~ kecewa.
saya ke kedai seterusnya. juga sudah naik... lebih sikit dari kedai pertama...
adoi.... sudahlah warna yang limited, harga pula naik.
macam mana mahu memiliki benang yang banyak selepas ini??

p/s: krafaina masih belum menaikkan harga hasil kraf kerana stok benang lama masih ada...
jom beli kraf di sini banyak-banyak sebelum harganya naik.... (^_-)


Sunday, November 14, 2010

topi baby [AinaHatFold]

Assalamualaikum....

seperti yang dijanjikan, krafaina akan display pettern AinaHat yang baru...

jom tengok gambar...
tadaaaa.....

yang ni dinamakan AinaHatFolds...
untuk design ni... ibu boleh tarik tali dibahagian bawah topi untuk lebih kemas.

p/s: sebarang tempahan @ pertanyaan boleh email di krafaina@gmail.com.
terima kasih semua....

Jom berkenalan .. Khas buat blogger baru ..

Assalamualaikum....

kali ni krafaina bukan masuk giveaway.. hehehe...
nak join aktiviti yang Ben Ashaari anjurkan. tujunnya nak ramaikan kenalan dan kawan-kawan.
jom click gambar bawah ni


caranya mudah je... buat entry yang macam ni..then bagi link diruangan komen....
kenapa saya join? sebab.....
....
...
....
...
...

follower dia...ramai giler sehingga mencecah 4311 follower temasuklah krafaina. hehehe

semoga ramai blogger yang sudi singgah di zon krafaina...
di krafaina bloggers dapat melihat pelbagai barangan kraf crochet [kait] yang di hasilkan oleh saya sendiri...
semoga ramai yang berminat dengan hasil kraf saya...Amin...
jika berminat, boleh membuat tempahan segera.pembelian secara borong boleh menjadikan harga barangan menjadi lebih murah....


terima kasih semua...

p/s: kepada Ben Ashaari... thanks sebab sudi buat aktiviti suai kenal bloggers seperti ini...
semoga krafaina akan ada ramai kenalan dan pelanggan selepas ini...Amin...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sila tinggalkan pesanan, komen, atau order anda di sini...