Salam pertemuan kepada semua pembaca blog yang sudi singgah di zon krafaina. walaupun anda tersesat atau memang dah menjadi follower atau sesiapa yang selalu mencuci mata dengan barangan kraf. ^_^

Di zon krafaina, anda semua boleh mencuci mata sambil membeli barangan kraft dari benang bulu hasil kerja tangan saya. Antaranya ialah sarung handphone, bookmark, barangan baby [topi, kasut, sarung tangan,headband], brooch,lapik meja, sanggul rambut khas untuk wanita dan banyak lagi.

dari masa ke semasa...saya akan update blog ini.. tapi tidak terlalu kerap...jika diberi keizinan dari segi masa dan kesihatan InsyaAllah saya akan menambah dan update berangan lain yang saya buat...saya sering menumpukan pada barangan yang di tempah..oleh itu...kesibukan tidak dapat dijangka...

selamat melayari bolg 'krafaina'

perjalanan krafaina

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Wednesday, December 15, 2010

AinaHat [half folds]

Assalamualaikum...
hari ini krafaina ada barang baru..topi baby...
ada story sikit pasal topi ni...


al-kisahnya topi yang sedang digayakan ni...[ada model ye?hehehe.. ada permintaan supaya topi digayakna oleh model] topi ini dikait oleh mak tercinta...
untuk pengetauan semua...topi baby ni sudah berusia 20 tahun... lama tak? lama tak?? adik bongsu sudah berusia 20 tahun sekarang... :)


anak kakak
bermula dari..saya pulang ke kampung dan menceritakan kepada mak, saya membuat perniagaan kraf mengait di internet. mak faham tak faham je lah... dia tahu internet tapi mungkin tidaklah mendapat gambaran detail... ^_^
semua hasil kraf yang baru saya buat, saya tunjukkan kepada mak..
termasuklah topi-topi semua... beliau tersenyum melihatnya... katanya banayk lagi pattern yang beliau boleh ajarkan selain yang sudah ada...wah...gumbiranya...ehehehe...
cari punya cari dalam simpanan beliau saya dapat topi ni...chommel... ^_^


saya pun cubalah setelah diajar oleh mak... ni hasilnya... hahahaha...




mesti la mak buat lagi cantik. bila tunjuk pada beliau...ada sedikit komen...hahahaha
sesiapa nak komen, pun boleh... hehehe


p/s: sesiapa yang mahu tempah juga boleh...sila email krafaina@gmail.com

Tuesday, December 14, 2010

kerongsang

Assalamualaikum.....


semoga pelayar-pelayar blog krafaina baik-baik sentiasa...
jom join Giveaway krafaina... semoga berjaya kepada yang telah menyertai...


jom tengok kerongsang...
kerongsang bunga ros ni untuk family saya....
saya buatkan setiap orang dalam rumah untuk raya pertama ikut tema baju masing-masing...
kira krafaina sponsor kerongsang raya la...cewah~


huhuhu...semua kaler adakan?
kalau orang tegok kerongsang mesti cakap warna warni raya pertama kami...

Al kisahnya... kami beli baju pattern yang sama... baju cotton. tapi tanah putih, bunganya saja yang berbeza... ha..warna bunga ros kerongsang ni sama dengan warna bunga baju masing-masing....
kira tema putih la ni...


p/s: anda juga boleh melakukan hal yang sama.... seragam satu family....

Sunday, December 12, 2010

head band dan kerongsang [tempahan majlis]

Assalamualaikum....


Lebih kurang dua minggu lepas kakak saya mengadakan majlis kenduri cukur jambul anak gadisnya. memandangkan ini anak perempuan pertamanya setelah empat anak lelaki, dia berhajat nak buat secara meriah...


segala perancangan dibuat dari awal...
macam-macam dirancang supaya perfect. dipendekkan cerita, salah satunya supaya majlis kelihatan cantik atau bertema... kakak menempah headband untuk si gadis kecil dan kerongsang untuk ibu-ibu..[kakak sponsor la ni] nasib la bilangan si gadis kecil cuma lima orang..


temanya putih pink. jadi inilah hasilnya dari krafaina...


jom tengok ni...

semua yang di tempah 

yang tengah special untuk gurl yang di raikan
yang tengah, bunga ros.
untuk anak buah yang suka sangat tengok kerongsang  yang saya pakai setiap hari. hehehe
special~! bunga 6 kelopak.
warna berbeza untuk family saya [kiri dan sekuntum ros] dan family suami kakak.[kanan]
kesemuanya
sekeping gambar ketika majlis...
si kecil yang diraikan dikelilingi oleh gadis-gadis manis.
opss...ada seorang hero tersesat di sana...
ibu-ibu juga turut serta... [kakak berbaju putih]
p/s: kepada sesiapa yang nak melakukan perkara yang sama seperti kakak, boleh tempah di krafaina@gmail.com
nyatakan tema warna majlis anda...

terima kasih

Saturday, December 11, 2010

Sarung handphone [tempahan dari intan ]

Assalamualaikum....


semoga semua pengunjung zon krafaina berada dalam keadaan yang baik dan sentiasa segar...Amin....


sekarang nak cerita pasal sarung hand phone yang baru...tempahan dari seorang kawan blog dan crafter juga...intan namanya...


saya sudah pos semalam ye intan...
tak tahulah dah sampai ke belum kat intan...kalau belum, intan tengok gambar dulu la ye?? dah tak surprise la dah...heheheh


jom layan...


intan minta simple macam ni... ye ke intan? hehehe...

hrum...yang ni saya letak bunga...aksesori tambahan...hehe
bergantung pada kehendak customer ye?

p/s: intan, nanti komen ye??
p/s/s: kepada sesiapa yang nak order email krafaina@gmail.com ye?? bagi saiz hp anda ye?panjang, lebar, tebal... ^_-



Wednesday, December 8, 2010

bookmark baru..

Assalamualaikum...
krafaina sudah menyiapkan beberapa contoh bookmark baru...
 jom tengok gambar...


kepada sesiapa yang berminat boleh membuat tempahan di krafaina@gmail.com

terima kasih....

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sila tinggalkan pesanan, komen, atau order anda di sini...