Salam pertemuan kepada semua pembaca blog yang sudi singgah di zon krafaina. walaupun anda tersesat atau memang dah menjadi follower atau sesiapa yang selalu mencuci mata dengan barangan kraf. ^_^

Di zon krafaina, anda semua boleh mencuci mata sambil membeli barangan kraft dari benang bulu hasil kerja tangan saya. Antaranya ialah sarung handphone, bookmark, barangan baby [topi, kasut, sarung tangan,headband], brooch,lapik meja, sanggul rambut khas untuk wanita dan banyak lagi.

dari masa ke semasa...saya akan update blog ini.. tapi tidak terlalu kerap...jika diberi keizinan dari segi masa dan kesihatan InsyaAllah saya akan menambah dan update berangan lain yang saya buat...saya sering menumpukan pada barangan yang di tempah..oleh itu...kesibukan tidak dapat dijangka...

selamat melayari bolg 'krafaina'

perjalanan krafaina

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Wednesday, December 22, 2010

kasut baby [warna dan pattern berbeza]

Assalamualaikum...


terima kasih kepada pengunjung yang sudi singgah di zon krafaina....semoga anda baik-baik sentiasa..Amin...
selamat menjamu mata dengan warna dan pattern baru, kasut baby dari krafaina...


sesuai juga untuk baby boy..
red
QasehShoe

pilihan warna benang untuk kasut baby.
p/s: kepada sesiapa yang berminat sila email saiz tapak kaki anak anda di krafaina@gmail.com  atau dengan senang hati mengisi form di bawah blog ini...

p/s: hari ini hari terakhir promosi harga pengenalan kepada QasehShoe. terima kasih kepada sesiapa yang sudah menempah...

terima kasih...

'krafaina 1st Giveaway' closed

Assalamualaikum....

kepada semua pengunjung...seperti yang telah di janjikan, mengikut tarikh yang telah di tetapkan, 'krafaina 1st Giveaway' telah tutup...


pengumuman pemenang bertuah akan di umumkan pada hari jumaat. jika tiada halangan [InsyaAllah...]

namun, krafaina akan update kraf dari masa ke semasa mengikut kelapangan... 
terima kasih kepada semua yang menyertai krafaina Giveaway..
semoga anda berjaya

p/s: tempahan sentiasa di buka. kepada sesiapa yang mahu menempah kraf dari krafaina boleh menghantar email ke krafaina@gmail.com

Tuesday, December 21, 2010

krafaina 1st Giveaway

Assalamualaikum...........
memandangkan pemilik krafaina [saya la ^_^]sedang bercuti sem dan mempunyai sedikit masa terluang, dengan berbesar hati krafaina mengadakan 1st Giveaway sempena hampir setahun krafaina berada di alam maya. [terima kasih kepada yang menyokong keberadaan krafaina di sini]
jom baca syarat-syarat, pemilihan pemenang, dan hadiah 'krafaina 1st giveaway'.




Syarat-syaratnya:
1- seikhlas hati follow blog krafaina dan share link krafaina di blog anda.
2- buat entry tentang giveaway ini.[tajuk entry 'krafaina 1st Giveaway']. [mohon bagi satu pandangan atau cadangan untuk krafaina]
3- Nyatakan salah satu kraf yang paling anda suka dalam blog     krafaina
4- sila tag 3 orang rakan anda untuk join Giveaway ini.... [pastikan rakan anda tahu blog mereka di tag dengan cara tinggalkan pesanan di shout box atau ruangan komen mereka]
5- memiliki akaun CIMB atau Maybank...
6- jangan lupa tinggalkan link entry anda di ruangan komen entry ini...
7- tarikh tutup penyertaan 10 hari dari hari ini...[21 disember 2010] jam 11pm.


pemilihan pemenang:
1- krafaina akan memilih dua orang pemenang..
2- peserta akan di adili oleh tiga orang termasuk saya dan dua orang kakak.
3- entry terbaik akan di pilih.


jom cerita pasal hadiah pula...:
krafaina akan menghadiahkan sejumlah wang kepada pemenang yang terpilih...
wang tersebut akan di bank in ke dalam akaun bank pemenang [sama ada CIMB atau Maybank]


1- wang tunai RM30 [yang akan di bank in ke dalam akaun anda]
2- wang tunai RM10 [yang akan di bank in ke dalam akaun anda]


p/s: maklumat tentang 'krafaina 1st giveaway' akan di update dari masa ke semasa.[jika perlu] jom ajak kawan ramai2 join giveaway....
p/s/s: saya akan tag semua rakan-rakan yang ada di dalam list saya... [maaf tak dapat tulis nama satu persatu di sini]


p/s/s/s: sila ke bawah untuk tengok entry baru

Monday, December 20, 2010

kasut baby

Assalamualaikum....


Terlebih dahulu... terima kasih kepada semua yang sudi menyertai 'krafaina 1st Giveaway'. masih ada satu hari lagi untuk sesiapa yang belum sertai nak sertai GA ini...cepat-cepat ye...


hrumm... diam-diam sudah empat hari saya tak update blog. lama juga ya? sibuk dengan aktiviti sendiri.. hujung minggu bersama keluarga...jalan-jalan memenuhi waktu cuti...
dalam sibuk menghabiskan cuti semesta sempat juga saya menyiapkan beberapa pasang kasut baby..


memandangkan ramai yang sertai GA krafaina memberi cadangan supaya saya mempelbagaikan kraf di krafaina, maka saya gagahi juga untuk menyiapkan kasut baby ni...
sebenarnya saya tidak mahu buat banyak-banyak kraf, kerana bimbang jika tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan kelak... tapi kali ni saya cuba juga. semoga saya sentiasa dapat memenuhi kehendak pembeli..InsyaAllah....


saya namakannya sebagai QasehShoe sempena nama anak buah yang sentiasa menggayakan barangan kraf yang saya hasilkan.. ^_^
saya sudah beberapa kali menghasilkan kasut ini untuk Qaseh. tapi tak berani nak tunjukkan dalam blog. sudah beberapa kali kakak suruh masukkan ke dalam blog.akhirnya...hari ni saya masukkan juga...


jom layan gambar...
semoga semua yang tengok bakal jatuh cinta...hehehe
krafaina: QasehShoe
QasehShoe
saiz tapak


p/s: kepada sesiapa yang sudah jatuh cinta (^_-), boleh membuat pesanan... krafaina mengadakan harga promosi selama 3 hari untuk QasehShoe....
sila email krafaina@gmail.com atau terus mengisi detail pada borang di bahagian bawah blog. 
terima kasih

Thursday, December 16, 2010

bookmark pompon..

Assalamualaikum...

terima kasih kepada yang telah menyertai 'krafaina 1st Giveaway'.
masih ada masa lagi kepada sesiapa yang belum sertai...

sekarang jom tengok bookmark baru...
bokmark pompon dari krafaina...

bookmark pompon...
terima kasih atas sokongan anda...
p/s: kepada sesiapa yang nak tempah boleh email krafaina@gmail.com

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sila tinggalkan pesanan, komen, atau order anda di sini...