Salam pertemuan kepada semua pembaca blog yang sudi singgah di zon krafaina. walaupun anda tersesat atau memang dah menjadi follower atau sesiapa yang selalu mencuci mata dengan barangan kraf. ^_^

Di zon krafaina, anda semua boleh mencuci mata sambil membeli barangan kraft dari benang bulu hasil kerja tangan saya. Antaranya ialah sarung handphone, bookmark, barangan baby [topi, kasut, sarung tangan,headband], brooch,lapik meja, sanggul rambut khas untuk wanita dan banyak lagi.

dari masa ke semasa...saya akan update blog ini.. tapi tidak terlalu kerap...jika diberi keizinan dari segi masa dan kesihatan InsyaAllah saya akan menambah dan update berangan lain yang saya buat...saya sering menumpukan pada barangan yang di tempah..oleh itu...kesibukan tidak dapat dijangka...

selamat melayari bolg 'krafaina'

perjalanan krafaina

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Wednesday, July 21, 2010

Baju Baby

salam kepada semua yang berada di zon krafaina...
semoga anda semua sihat dalam menjalani kehidupan harian...Amin...

hari ini, krafaina ada lagi satu barang baru...
wah...~~!! terlebih gembira pula tuan tanah kedaung ni... hehehe...
krafaina memang macam ini keadaannya. tidak pandai duduk diam.. pasti ada yang baru yang nak di cuba...
kali ni, rasa macam berjaya, seronok pula....

asalnya krafaina terlebih gembira sebab dapat tahu bakal mendapat anak buah gurlz...
wah~~!! apa lagi, dah terbayang-bayang hadiah untuk si kecil nanti... huhuhu... [nak jadi mak saudara kesayangan la ni] hehehehe
maklum la...selama ni krafaina hanya di kelilingi oleh anak-anak buah lelaki sahaja...

bahagian hadapan baju

bahagian belakang baju


bahagian belakang baju

bahagian hadapan baju

saiz baju... lebar bahagian dada lebih kurang 17 cm
labuh dari leher lebih kuarang 22 cm

selamat menjamu mata..
jika terdapat sebarang pertanyaan, jangan segan-segan untuk bertanya krafaina di 'krafaina@gmail.com'
krafaina sentiasa sedia menjawab pertanyaan anda...

terima kasih....

Sunday, July 18, 2010

JOM JOIN GIVE AWAY RUSIA & MESIR

Assalamualaikum

kepada bloger-bloger tegar... jom kita ramai-ramai sertai 'jom join give away Rusia & Mesir'..di kamiterritory
saya teruja dan tertarik sebab ada perkataan "Mesir..." huhuhuhu teringin ke sana satu hari nanti... hahah [macam tiada kaitan sahaja dengan enty] hehehe...

semoga kita sama-sama memenangi hadiah 'give away contest' ni kan??Amin...



Tuesday, July 6, 2010

brooch / kerongsang...

salam kepada semua pelawat-pelawat krafaina...semoga anda dilindungi dan diberkati yang maha esa...Amin...

krafaina ada kraf baru..flower brooch / kerongsang bunga ni kira macam barangan kraf untuk bulan julai la... ^_^
sebenarnya sudah lama krafaina buat brooch tetapi tidak begitu serius... tapi kali ini krafaina memilih brooch ini untuk dijadikan barangan julai....

semoga kalian semua suka dengan hasil kerja krafaina...


terdapat 3 jenis bunga dan 3 saiz yang berbeza


B1 : contoh pattern bunga 1


B2: contoh pattern bunga ke-2


B3: contoh pattern bunga ke-3


B4: contoh butterfly

harap maklum ukuran saiz yang ditunjukkan mungkin tidak terlalu tepat..tetapi krafaina sedaya upaya untuk memastikan saiz adalah sama. maklum sahaja kerja tangan, mungkin ada sedikit bezanya... ^_^

selamat menjamu mata...
selamat membeli belah...
jika berkenan, boleh email krafaina ye??
sebarang pertanyaan jangan segan-segan bertanya di email...

terima kasih...

Friday, July 2, 2010

menyiapkan tempahan

Assalamualaikum....

krafaina jarang update blog semenjak dua menjak ni...
bukan apa...kesibukan menjalani rutin harian dan diselit-selitkan dengan menyiapkan beberapa tempahan headband dan bookmark....
walau bagaimanapun... krafaina tetap di sini...
sekiranya ada yang mahu bertanya @ menempah, boleh terus tanya dan tempah di email saya ye??

menyiapkan tempahan headband ^_*


terima kasih kepada yang memberi sokongan....
wassalam....

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sila tinggalkan pesanan, komen, atau order anda di sini...