Salam pertemuan kepada semua pembaca blog yang sudi singgah di zon krafaina. walaupun anda tersesat atau memang dah menjadi follower atau sesiapa yang selalu mencuci mata dengan barangan kraf. ^_^

Di zon krafaina, anda semua boleh mencuci mata sambil membeli barangan kraft dari benang bulu hasil kerja tangan saya. Antaranya ialah sarung handphone, bookmark, barangan baby [topi, kasut, sarung tangan,headband], brooch,lapik meja, sanggul rambut khas untuk wanita dan banyak lagi.

dari masa ke semasa...saya akan update blog ini.. tapi tidak terlalu kerap...jika diberi keizinan dari segi masa dan kesihatan InsyaAllah saya akan menambah dan update berangan lain yang saya buat...saya sering menumpukan pada barangan yang di tempah..oleh itu...kesibukan tidak dapat dijangka...

selamat melayari bolg 'krafaina'

perjalanan krafaina

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Thursday, September 30, 2010

tempahan...

salam aidilfitri...


maaf kepada pengunjung-pengunjung blog krafaina kerana sudah lama tidak update blog. kesibukan melanda diri...


tugasan harian yang semakin bertambah...
sambil-sambil menyiapkan beberapa tempahan...
tugasan kuliah yang banyak.. [semuanya minta di hantar dengan segera]


masa dirasakan tidak mencukupi...
sebenarnya masa cukup sahaja..cuma waktu malam tidak dapat menahan mata dari tidur awal..maka, waktu malam tidak dapat melakukan apa-apa aktiviti...penat waktu siang di balas pada waktu malam dengan tidur sepanjang malam :)


ok la..ok la...
enjoy tengok gambar okey?





p/s: kepada peminat-peminat kraf crochet anda semua boleh membuat tempahan setiap hari...walaupun krafaina jarang update.
selamat mencuci mata....


terima kasih....

Tuesday, September 7, 2010

kerongsang raya...

salam ramadhan kepada pelawat-pelawat krafaina...


sudah lama tidak update blog...kesibukan melanda... 
maaf jika ramai yang datang singgah di krafaina masih melihat post yang sama...


hari ni krafaina nak update tentang kerongsang atau brooch. masih pattern yang sama.. mungkin warna yang berbeza atau pakej yang berbeza...


sepasang

sepasang

macam-macam warna...
P/s : krafaina bercuti selama seminggu...
jika tempahan yang ada stok, krafaina akan pos dari kampung...
terima kasih....


Cute & Yummy Giveaway

salam akhir Ramadhan kepada kunjungan krafaina...


wah...sudah lama krafaina tidak update blog...
update kali ni...tiba-tiba masuk giveaway lagi...hihihi
wah...gila pertandingan pula krafaina ni...[tak kisah la kan??]


Jom ramai2 serbu blog Cute & Yummy... beliau buat giveaway. tuan tanah kata...ONLY for CROCHETER..yang bukan crocheter lain kali okey~
saya join giveaway  ni sebab saya tertarik pada benang yang campur-campur kaler...


blog crocheter yang saya suka..
pinkshoelover
kakak ni kretif.... hasilnya pun cute-cute...


p/s kepada tuan tanah : saya masuk giveaway sebab tertarik tengok benang kaler campur-campur. saya cari di kedai tak ada jual... ^_^ [harap-harap saya berjaya]
kalau tak keberatan, kalau saya tak memang [harap-harap menang ^_^ ] saya boleh beli benang dengan campur kaler di cute & Yummy tak?


terima kasih...[selamat ber 'giveaway']
selamat hari raya..maaf zahir dan batin....

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sila tinggalkan pesanan, komen, atau order anda di sini...