Salam pertemuan kepada semua pembaca blog yang sudi singgah di zon krafaina. walaupun anda tersesat atau memang dah menjadi follower atau sesiapa yang selalu mencuci mata dengan barangan kraf. ^_^

Di zon krafaina, anda semua boleh mencuci mata sambil membeli barangan kraft dari benang bulu hasil kerja tangan saya. Antaranya ialah sarung handphone, bookmark, barangan baby [topi, kasut, sarung tangan,headband], brooch,lapik meja, sanggul rambut khas untuk wanita dan banyak lagi.

dari masa ke semasa...saya akan update blog ini.. tapi tidak terlalu kerap...jika diberi keizinan dari segi masa dan kesihatan InsyaAllah saya akan menambah dan update berangan lain yang saya buat...saya sering menumpukan pada barangan yang di tempah..oleh itu...kesibukan tidak dapat dijangka...

selamat melayari bolg 'krafaina'

perjalanan krafaina

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Wednesday, October 27, 2010

topi baby [AinaHat]

Assalamualaikum...

krafaina sekali lagi ada barangan baru... iaitu topi untuk baby...krafaina namakannya sebagai 'AinaHat'
topi ni terhasil setelah saya mendapat anak saudara perempuan.. (^_-).. aduh... maklum sajalah, dalam 11 orang anak buah, saya ada 4 orang niece sahaja. selebihnya nephew. setiap seorang abang punya seorang anak perempuan dan akhirnya kakak juga berjaya mendapat baby perempuan setelah punya 4 orang hero.
memandangkan excited terlebih, saya usahakan juga siapkan topi ni walaupun terlalu sibuk dengan tugasan harian...

inspirasi dari emak. sebelum ni emak pernah ajar mengait seperti ini untuk membuat sarung sanggul rambut. dari kecil saya memang berambut panjang :) tapi saya tidak belajar membuat topi sebab rumit :)
akhirnya terhasil juga...Alhamdulillah...

jom tengok gambar hasil dari krafaina....

hasil pertama "AinaHat"  (^_^) 

saiz 17cmX 2
boleh di pakai oleh baby yang mempunyai ukur lilit kepala sehingga 36-40cm

hasil ke-2 "AinaHat Strip"

"AinaHatStripe" versi lelaki

saiz 16cm X 2
boleh di pakai oleh baby yang mempunyai ukur lilit kepala sehingga 34-40cm

lihat si chomel ni...betul-betol chomel kan?
pandai juga begambar... (^_-)

p/s : kepada sesiapa yang berminat boleh membuat tempahan awal. proses menyiapkan "AinaHat" ini agak memakan masa bagi saya yang sentiasa sibuk (^_-)
sebarang pertanyaan sila email di krafaina@gmail.com

bookmark baru..

Assalamualaikum...

krafaina telah membuat penambahan kepada design bunga bagi bookmark (^_-)
atas permintaan beberapa pelanggan...

jom tengok gambar...

1st design [bunga kembang]
saiz: 6 cm
design ni salah satu dari design bookmark yang mula-mula krafaina buat

2nd design [ bunga dua lapis berdaun]
saiz: 5cm
ini juga salah satu dari design bookmark yang lama

3rd design [ bunga dua lapis]
saiz: 5cm
 design ni sama dengan design dalam gambar sebelum, cuma tiada daun.

4th design [bunga dua lapis kembang]
saiz: 4cm
 ni design baru... lain sikit dari yang sebelumnya. lebih kembang dan kelopak lebih nampak.


5th design [bunga kecil]
saiz: 4cm
ini juga design baru..lebih simple. tapi chomel (^_*)

semoga semua suka.. :)


p/s: sebarang tempahan bolehlah email kepada krafaina@gmail.com

Thursday, October 21, 2010

table runner baru

Assalamualaikum..

jom tengok table runner baru.... [pattern sama je dengan yang sebelum-sebelum ni ] :)
cuma warna yang berbeza... kali ni campuran warna dan design warna je berbeza...

enjoy foto....
saja letak di atas sofa... hihihi

ketika ini, meja dipenuhi dengan kuih raya.. :)

closed up

closed up [ beza dua kaler]
p/s: kepada sesiapa yang berminat nak tempah, sila buat tempahan di email krafaina@gmail.com. [proses pembuatan memakan masa lebih kuran 2minggu]

Monday, October 18, 2010

Giveaway: dapat label yey !!

Assalamualaikum....
krafaina join giveaway... :)
di anjurkan oleh kak zubaidah...


click label ni untuk join ok?

saya sudah pernah tempah label ni dengan kak Zubaidah... [akak ingat saya tak?? (^_-) ]
jom tengok label saya...simple :)
label yang dipertaruhkan untuk menang... ^_^
 p/s : jom doa krafaina menang... Amin...

Tuesday, October 5, 2010

Head band [tempahan]

Assalamualaikum....

krafaina sekadar mahu update  blog yang kadang-kadang sudah lama tak update.
bimbang nanti ada pula yang kata, krafaina bercuti panjang atau sudah tidak membuat kraf.. :)

krafaina sentiasa ada di sini. menjalani rutin harian yang sibuk, menyiapkan beberapa tempahan kraf, 
menyiapkan tugasan pelajaran...

jom tengok2 gambar... :)






p/s: sesiapa yang nak bertanya @ nak buat tempahan boleh email terus ke krafaina@gmail.com

terima kasih daun keladi....
nanti jumpa lagi... ^_^

Sunday, October 3, 2010

button

salam....
wah..saya hampir terlupa...last week saya ada tempah butang dr button planet...
eh, bukan last week..tapi sblm raya..[saya minta tuan tanah simpankan butang untuk saya selepas raya] sungguh baik hati button planet kerana sudi menerima booking dari saya...


butang sudah selamat tiba 29 sept hari tu...saya tak sempat nk inform kepada button planet..
jom  enjoy the picture.. :)


banyaknya....
haaa...banyak tak?semua ni saya punya... :)
thanks button planet....

Friday, October 1, 2010

AYZASTUDYO.COM GIVEAWAY CONTEST!

Assalamualaikum...

krafaina nak join giveaway ni...jom ramai-ramai kita join ^_^ 
di AyzaStudyo.com ada menyediakan info tentang handmade craft. terutama sekali tentang crochet craft.di sini ada info-info tentang alatan mengait, buku mengait, benang kait. Ayza juga ada jual benang kait yang sangat banyak.. paling spesel...benang kait dari turkey membuatkan saya sangat teruja....tapi masih belum berkesempatan untuk membelinya... 
kepada sesiapa atau crocheter yang berminat nak beli benang kait yang sangat banyak dan sangat cantik dari turkey boleh la pilih di Benangkait.com.sila click di sini. sabarlah ketika memilih benang...sangat banyak dan teruja...hehehe...
Ayza juga ada online store jual hijab


opss....Ayza minta 5 sebab kenapa saya layak dipilih untuk menerima giveaway ini...

1- saya buat kraf dari benang kait...jadi saya amat memerlukan benang-benang yang cantik itu.....
2- benang tu dari turkey....saya sangat teruja. sebab di Malaysia tiada benang-benang seperti itu...
3- saya masih belum mampu nak beli sendiri... hihihihi [Ayza jangan marah dengan alasan ini]
4- spesel...saya orang pertama yang menyertainya.... ^_^ [saya sedang teruja di pagi hariiiiiiiii...] 3.20am waktu Malaysia...sedang mahu menyiapkan tesis, tapi teringat nak lawat blog Ayza..[bukan bermanis-manis okey.jujur..mungkin ni rezeki saya kot~ hehehe] perasan.
5- saya sudah tidak punya idea...hrummm..kalau saya layak menerima giveaway ini..saya mahu memberi salah satu hasil kraf saya kepada Ayza menggunakan benang yang saya menang. hihihihi [tapi Ayza bagi alamat di Malaysia la ye? kerana kos postage ke turkey sangat mahal.... (T_T)  huhuhu]


slogan ringkas...
" benang kait cantik untuk semua crocheter " ^_*

 p/s: jom ramai-ramai join cepattt......

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sila tinggalkan pesanan, komen, atau order anda di sini...