Salam pertemuan kepada semua pembaca blog yang sudi singgah di zon krafaina. walaupun anda tersesat atau memang dah menjadi follower atau sesiapa yang selalu mencuci mata dengan barangan kraf. ^_^

Di zon krafaina, anda semua boleh mencuci mata sambil membeli barangan kraft dari benang bulu hasil kerja tangan saya. Antaranya ialah sarung handphone, bookmark, barangan baby [topi, kasut, sarung tangan,headband], brooch,lapik meja, sanggul rambut khas untuk wanita dan banyak lagi.

dari masa ke semasa...saya akan update blog ini.. tapi tidak terlalu kerap...jika diberi keizinan dari segi masa dan kesihatan InsyaAllah saya akan menambah dan update berangan lain yang saya buat...saya sering menumpukan pada barangan yang di tempah..oleh itu...kesibukan tidak dapat dijangka...

selamat melayari bolg 'krafaina'

perjalanan krafaina

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Wednesday, December 26, 2012

bunga...

Assalamualaikum...

salam singgah untuk semua pengunjung blog...
semoga sentiasa ceria...
krafaina sentiasa di sini..sibuk dengan bercuti...

tapi tetap menyediakan stok bunga-bunga supaya mudah untuk menerima tempahan..


p/s: sebarang pertanyaan atau tempahan boleh email krafaina@gmail.com

Thursday, November 22, 2012

Restock

Assalamualaikum...

salam singgah untuk semua blogger
semoga ceria selalu... ^_~

hari ni nak ceriata tentang apa pula ya?
tiada apa yang menarik..
cuma aktiviti krafaina sekarang..nak restock barang kraf..
nak buat stock banyak-banyak..mungkin bulan disember bit busy..
nak bercuti bersama kakak dan anak-anaknya.. ^_~

bimbang perjalanan lama akak mengganggu penyediaan kraf..jadi buat stok banyak-banyak,
kalau ada tempahan just pick and send.. ^_~

stok bunga-bungaan...
p/s : tempahan boleh dibuat walaupun krafaina ber holiday bagai ^_~
pertanyaan boleh email krafaina@gmail.com..

terima kasih...

Wednesday, November 21, 2012

Love in the room...

Assalamualaikum....

salam berkunjung...
semoga ceria sentiasa...

hari ni nak update brooch love...
nak buat bookmark juga love shape ni...

2 size..

2 size...
p/s: untuk pertanyaan boleh email krafaina@gmail.com..

terima kasih berkunjungan....

Tuesday, November 20, 2012

Pattern...

Assalamualaikum...

salam singgah dan salam berkunjung ke blog krafaina..
semoga ceria selalu...

jom tengok pattern simple brooch...

3 contoh pattern untuk brooch...
p/s : sebarang pertanyaan boleh email krafaina@gmail.com

terima kasih atas kunjungan... ^_^

Monday, November 19, 2012

Bunga..

Assalamualaikum...

salam berkunjung sambil melihat kraf...

hari ni nak update bunga-bungaan...
boleh buat brooch, hair clip, atau hiasan...

design

3 different color

p/s: untuk pertanyaan boleh email krafaina@gmail.com

terima kasih sudi singgah...

Thursday, November 15, 2012

baru...

Assalamualaikum....

selamat pagi...
salam berkunjung...
salam ceria di pagi hari...

cuti sekolah...mesti membuatkan anak-anak rasa seronokkan?
tak perlu bangun awal..tak perlu fikir nak ke sekolah...

pastikan mereka tidak terlalu leka...
apa kaitannya dengan entry hari ni?hehehe

ok..hari ni krafaina nak tunjuk kraf baru..
mungkin ada ibu-ibu, mama-mama, mummy-mummy yang berkenan 

bunga pada hujung pensil
hmm... bunga ni boleh pujuk anak-anak supaya lebih rajin belajar...
melihat pensil yang cantik, mungkin boleh menambah semangat mereka... [harapnya begitulah]

p/s: sebarang pertanyaan, boleh email krafaina@gmail.com

terima kasih semua...

Wednesday, November 14, 2012

Idea...

Assalamualaikum...

salam singgah...salam senyum seharum bunga-bungaan...
pagi ni ada idea sikit untuk pengunjung blog...
tak tahulah membantu atau tidak... :)

sebab aina gunakan idea ni untuk kawan...

1 set...
kalau pakai tudung belit2..
satu atas kepala..2 lagi letak atas bahu ;)

hari tu ada seorang kawan ni..nak bertunang...
dia bagi tahu pun last minute...
jadi tiada masa nak pergi cari hadiah..
idea pun tak ada masa tu...
tak habis2 hadiah cawan, pinggan... [bertunang je baru kot~] hehehe

memandangkan..kalau nak bagi pinggan @ cawan yang murah, tak berbaloi.. kawan pula orang yang super kaya.. takkan nak bagi cawan murahkan?

jadi terus terfikir nak bagi brooch..memandangkan beliau seorang guru ^_*
boleh la pakai ke sekolah... [tu pun kalau beliau sudi] yang penting tangan yang memberi ikhlas ;)

walaupun harga brooch lebih murah dari pinggan @ cawan...
tapi ni handmade... saya buat khas untuk beliau.
harap-harap beliau suka..

p/s: kalau ada sesiapa yang berminat, boleh email di krafaina@gmail.com okey??


brooch...

Assalamualaikum...

selamat pagi...semoga semua blogger ceria di pagi hari..
entry ringkas untuk pagi ini...
jom beli kerongsang...


kemboja


p/s: sila email krafaina@gmail.com untuk sebarang pertanyaan..
terima kasih atas kunjungan...

Monday, November 12, 2012

mafla...

Assalamualaikum....

salam singgah dan salam berkunjung kepada semua blogger...

krafaina ada buat kraf baru.. ^_^
ni untuk diri sendiri sebenarnya...

tapi, kalau ada yang berminat, boleh je buat tempahan...
anda dialu-alukan... ^_^

hmmm... asalnya krafaina beli barang kraf..dan dapat benang dari turkey ni..
terima kasih kak ayza... untuk supply benang turkey yang cantik... ^_*


beli jarum mengait ni... tapi salah pula..yang ni tiada pemegang..
gantiannya aina dapat sebuku benang ni..
memandangkan hanya sebuku, tak tahu nak buat apa...
bunga untuk dijual? tak mungkin... hehehe... bimbang nanti, kalau ramai yang berkenan dengan bunga guna benang ni..susah pula aina.. 

jadi fikir untuk diri sendiri.. 
bulan 12 kakak ajak bercuti di cameron.. wah..terbayang kesejukannya... jadi, terbayang terus mafla..membayangkan buku benang ni sangat besar berbanding benang di Malaysia... mungkin cukup untuk buat mafla...


in progress..
konon untuk diri sendiri...buat la pattern bagai...
nah...tak cukup benang...[dah belit-belit lagi pattern nya...] hihihihi...

jadi no idea nak buat macam mana..saya nak menempah benang ni dua buku kat kak ayza, tapi tak jual sikit2..saya try cari dengan ejen.. mereka tiada kod benang ni.. (T_T)
kecewa rasa dihati...
terbengkalai sekejap kerja-kerja menyiapkan mafla ni...

tiba-tiba dapat idea.. *ting*
teringat saya pernah ada benang dari turkey.. hahaha..
akhirnya..keputusan dibuat...


saya sambungkan dengan benang warna yang lain. hahaha
yang penting kedua2nya dari turkey.. ^_^
akhirnya siap...
dan saya buat lagi satu pattern mafla...dengan benang yang ada dalam stok saya...


kedua-duanya untuk disimpan..
pattern yang berbeza



 wish: semoga saya dapat ke cameron hujung tahun ni...boleh menikmati steamboat di sana.. [idea untuk parent bawa anak bercuti hujung tahun.. ] ^_^

Tuesday, October 30, 2012

brooch baru

Assalamualaikum....

salam singgah dan salam berkunjung kepada semua blogger...
hari ini..krafaina nak update tentang brooch baru dari krafaina..

macam biasa..kalau berminat boleh email tanya apa2 soalan.
jom layan gambar dulu.. ^_^

boleh request color



saiz : 1 tapak tangan



gambar 2 kuntum bunga di atas sebesar bunga pink [bunga bawah].
bunga warna hijau sebesar tapak tangan.
 p/s: sebarang pertanyaan boleh email krafaina@gmail.com.

terima kasih...


Sunday, October 7, 2012

BENANGKAIT.COM’S BABY DRESS / BABY JACKET CONTEST

Assalamualaikum...
salam hujung minggu kepada pengunjung blog krafaina...

hari ni aina join contest dari benangkait.com..
syarat-syaratnya mudah..
jadi jom kita join...
cuba click link ni http://www.facebook.com/notes/benangkaitcom/benangkaitcoms-baby-dress-baby-jacket-contest/490193327671382
untuk tengok syarat-syaratnya...

kak ayza...ni baju pertama yang aina kait...
sudah lama.. berusaha siapkan untuk anak buah kesayangan...
aina berjaya menghasilkan dua pasang sahaja baju ni..satu lagi warna pink..[kepunyaan Nur Qaseh sekarang]

yang ni..aina simpan je.. ^_^

back

front
p/s: semoga aina menang.....aina mahu benang.... yey~!!
salam..

Thursday, September 20, 2012

barang baru dari krafaina...

Assalamualaikum...

salam singgah...salam sejahtera..
krafaina seboleh-bolehnya mencuba meluangkan masa untuk update kraf...

krafaina ada barang baru lagi...
kali ni lain dari kraf yang sebelum ni...

krafaina berjaya menyiapkan beg kait yang sangat commel... ^_*

tadaaa....

beg





beg bunga ini.. inspirasi daripada bunga-bunga kait yang ada.
aina sentiasa dikelilingi oleh bunga-bunga kait...
mendapat idea untuk menghasilkan beg...
meminta sedikit pendapat dari mama.. semuanya berhasil.. ^_*


brooch - kemboja

Assalamualaikum khas buat pengunjung krafaina..

dari masa ke semasa, krafaina akan update perkembangan terbaru..
diharap semua pengunjung rajin singgah ke blog krafaina...
sila tinggalkan jejak..

jika ada kelapangan, krafaina akan berkunjung balas..
tapi kadang kala, bila aina berkunjung balas, tak faham nak buat apa di blog-blog yang aneh-aneh..
penuh dengan blog iklan dan gosip...

ok la..semoga kita dapat manfaat dari setiap apa yang kita lakukan...

jom tengok gambar brooch baru... ^_*

kemboja

brooch untuk kebaya (1 set)

p/s: saya saja namakannya bunga kemboja.. ^_^
email krafaina@gmail.com untuk sebarang pertanyaan...
nak isi borang di bawah blog ni untuk tanya apa-apa pun boleh... sila-sila jangan segan-segan


Thursday, September 13, 2012

big brooch

Assalamualaikum...

Sekarang ni.. jarang sekali krafaina dapat update blog...
bukan apa..jika duduk depan laptop, tak jadi nak mengait...
banyak sungguh nak di 'click' ^_^

hari ni nak share gambar brooch
jom tengok gambar..

done!

saiz: sebesar tapak tangan..

ready to send

p/s: sebarang pertanyaan @ tempahan boleh email krafaina@gmail.com

Saturday, July 14, 2012

door gift

Assalamualaikum...

krafaina nak update tentang door gift yang krafaina telah siapkan...
door gift ni untuk gantung dalam kereta...betuk love..macam bantal. tapi kecil je la..

al kisahnya.. aina buat untuk bagi hadiah birthday adik..tak tahu nak bagi hadiah apa..
poket pon kempis, dapat idea buat penggantung kereta ni... cantik pula nampaknya..
adik pun suka...

lepas tu kakak berkenan, dia buat tempahan untuk door gift hari guru di sekolahnya katanya.
Alhamdulillah... walaupun macam tak menang tangan dibuatnya..aina berjaya siapkan pada masa yang ditetapkan. tak tidur malam juga la... ^_^

tapi melihat hasilnya...hati gembira..jom tengok hasilnya..




p/s: kepada sesiapa yang berminat..boleh email di krafaina@gmail.com atau isi borang dekat bawah blog ni k?
wassalam...

Friday, July 13, 2012

pengumuman..pengumuman

salam...
sudah lama krafaina bercuti dari berblog, tapi kraf masih diteruskan..
tempahan brooch, tempahan keychain...Alhamdulillah...sikit-sikit tu ada lah...

krafaina nak buat pengumuman... 4 julai 2012 yang lepas, krafaina telah rasmi berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan no pendaftaran SA0227579-H [KRAFAINA ENTERPRISE]

di harap, selepas ini rezeki akan bertambah-tambah..InsyaAllah..Amin...

ps: sebarang pertanyaan sila email krafaina@gmail.com

terima kasih...

Tuesday, March 6, 2012

topi

salam...

terima kasih kepada yang sudi singgah di sini..
sudah lama tak update.. tak tahu pula nak tulis apa...

hari ni..nak share gambar topi je...
sebab banyak barang yang tak sempat nak ambil gambar.. ^_^
jom tengok gambar ya?


sebarang pertanyaan dan tempahan, boleh email krafaina@gmail.com
terima kasih..

Tuesday, January 17, 2012

kembali berkraf

salam...
terima kasih kepada yang sudi singgah di sini..
sudah 3 minggu krafaina bercuti.. menumpukan perhatian kepada exam..

sekarang sudah boleh bernafas kembali..
sudah memulakan kerja-kerja mengait kembali..
memenuhi beberapa tempahan .

p/s: kepada sesiapa yang berminat dengan kraf yang ada di krafaina dan nak tanya apa-apa..boleh email di krafaina@gmail.com..
kepada sesiapa yang isi borang di bawah blog, jangan lupa tinggalkan email anda sekali ya? mudah untuk saya membalas...

terima kasih semua....

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sila tinggalkan pesanan, komen, atau order anda di sini...