Salam pertemuan kepada semua pembaca blog yang sudi singgah di zon krafaina. walaupun anda tersesat atau memang dah menjadi follower atau sesiapa yang selalu mencuci mata dengan barangan kraf. ^_^

Di zon krafaina, anda semua boleh mencuci mata sambil membeli barangan kraft dari benang bulu hasil kerja tangan saya. Antaranya ialah sarung handphone, bookmark, barangan baby [topi, kasut, sarung tangan,headband], brooch,lapik meja, sanggul rambut khas untuk wanita dan banyak lagi.

dari masa ke semasa...saya akan update blog ini.. tapi tidak terlalu kerap...jika diberi keizinan dari segi masa dan kesihatan InsyaAllah saya akan menambah dan update berangan lain yang saya buat...saya sering menumpukan pada barangan yang di tempah..oleh itu...kesibukan tidak dapat dijangka...

selamat melayari bolg 'krafaina'

perjalanan krafaina

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Friday, December 31, 2010

tempahan... [bookmark]

Assalamualaikum.....


sementara menunggu sambutan tahun baru, krafaina nak update blog dahulu....
bookmark tempahan dari seorang customer yang nak buat souvenir untuk kawan-kawan office sebab dia dah habis praktikal...


jom kita tengok gambar ye??
bookmark pompon
bookmark pompon
bookmark pompon
separuh..
masa gambar ni diambil, separuh lagi dalam proses... ^_^
dah siap lupa nak ambil gambar sebab nak cepat.. :)




p/s: kepada sesiapa yang nak buat hadiah untuk kawan-kawan office bolehlah email krafaina@gmail.com


terima kasih....

Wednesday, December 29, 2010

[sepasang]

Assalamualaikum...


kali ni krafaina nak bagi idea lain pula...
boleh juga di buat hadiah....
sepasang kasut dan sehelai topi....
jom layan gambar je ye??


untuk baby gurlz...
p/s: kepada sesiapa yang nak tempah...boleh email saiz dan warna ya?

Tuesday, December 28, 2010

hadiah untuk kawan

Assalamualaikum....


hujung tahun ni...ramai kawan-kawan aina yang dapat baby...
tak sempat la aina nak melawat...[cuti pun aina di rumah sahaja]


last week kawan aina bertandanglah ke rumah kakak aina..terbalik pula...mereka melawat [tak sakit ye?Alhamdulillah...].[memandangkan, mereka memang suka datang rumah aina sejak sebelum kahwin lagi...sudah rapat dengan keluarga aina] kebetulan kakak aina pun dapat baby sebulan awal dari mereka...maka, mereka datanglah melawat baby kakak aina..sekalian jumpa aina... ^_^ [terharu]


datang secara agak mengejut... tak sempat aina nak beli hadiah untuk baby mereka...
jadi...mereka dengan special nya dapatlah...



mamanya sempat tempah lagi satu topi dengan aina..
pattern lain... ^_^
lagi satu...
ada pula lagi seorang kawan baik yang tersangatlah baik masa sekolah dulu..dari tingkatan 1-5 bestfriend juga melahirkan awal bulan disember baru-baru ni...
memandangkan aina memang tak dapat nak balik kampung...terfikir pula nak bagi hadiah untuk babynya.... bimbang nanti tak bagi hadiah pula...


dapatlah idea untuk poskan sahaja hadiahnya...
dengan bersemangat lagi bersungguh-sungguh aina siapkan topi untuk anaknya...
dan ini hadiahnya....




 [dia mesej aina, cakap sangat suka, cantik dan sesuai untuk anaknya. gambar dia belum send lagi...busy jaga anaklah tu...hihihihi]


p/s: kepada sesiapa yang nak buat macam aina. buntu nak cari hadiah untuk kawan-kawan yang dapat baby baru..bolehlah jadikan salah satu kraf di krafaina sebagai hadiah untuk kawan-kawan...kalau ramai kawan-kawan yang dapat baby... tempah banyak-banyak, aina kasi diskaun... (^_-)

AinaHat

Assalamualaikum....

AinaHat kali ni..ada story sikit...[ringkas je la...] sekadar memenuhi ruangan entry ini ^_^
memandangkan masa-masa akan datang saya akan sibuk dengan kuliah..saya berhasrat untuk menyediakan beberapa stok barangan kraf...supaya kelak, bila ada customer yang mahu menempah tidaklah saya mengambil masa yang lama kerana sudah ada dalam stok. nak-nak lagi kalau kraf yang meminjam masa yang lama untuk disiapkan...terutamanya ainaHat....

saya siapkan warna yang berbeza dari selalu....

bila dah siap, saya tunjukkan kepada kakak....[seperti biasa, confirm dia teruja...] awal-awal lagi cakap nak buat stok, bukan nak jual kepada dia...hhihihihi....

tiba-tiba satu hari tu kitaorang nak jalan-jalan on weekend, dia siap-siapkan anak dia...tiba-tiba [lagi] dia minta topi yang saya kait...sangat sesuai dengan baju anaknya katanya. hahaha... kakak..kakak [sambil geleng kepala]
dan-dan tu juga dia paksa saya kaitkan sekuntum bunga besar....
huh~ [sayalah orang terakhir yang bersiap....]adoi~

jom layan gambar.....

sangat padan dengan bajukan?
p/s: setiap warna baju, setiap warna topi.... [sudah penuh satu drawer]

AinaHat [half folds]

Assalamualaikum.....


krafaina sekarang sedang sibuk dengan beberapa tempahan...
oleh itu jarang update post...mana nak ambil gambar, nak transfer ke laptop, edit...
semuanya mahu meminjam masa...namun...krafaina tetap ada di sini...


tahun 2010 hampir meninggalkan kita....
krafaina akan update beberapa kraf yang sedia ada serta beberapa tempahan...
hasrat di hati....kraf-kraf yang baru akan di keluarkan sempena tahun baru nanti....


apa yang baru?? kita nantikan bersama-sama ye?


hari ni krafaina akan update beberapa post [InsyaAllah]


AinaHat [half folds]








model: [NurQaseh]
p/s: tempahan di buka bila-bila masa sahaja....email krafaina@gmail.com atau isi detail dalam form di bawah....

Monday, December 27, 2010

Lucky Blogger Contest by Hahazirah

Assalamualaikum...


krafaina join Give away lagi... kali ni di tag oleh intan. [maaf ye intan...bit busy lately..so lambat sikit join GA] 
GA kali ni di anjurkan oleh  Hahazirah.


click gambar ni ye untuk baca selanjutnya...
caranya mudah...
tuan blogger bagi 3 step je..
1- follow
2-buat entry - tag 3 orang blogger,
3- tinggal link entry di ruangan komen....


simple je kan...
saya nak tag 
1.seindah farhana
2.Enjit-Enjit Semut
3.aku & buku


p/s: jom join ye kawan-kawan... yang tak di tag pun boleh join..sila-sila...

GA CUTE2 COLLECTION

Assalamualaikum...


krafaina nak join Giveaway...


sila click gambar ni untuk join GA
GA ni di anjurkan oleh cute2 collection yang sememangnya cute... [tuan dia cun, barangan dia comel, hasilnya cute].. tak percaya tengok sendiri.... aina tak bodek ye cik intan...ini kenyataan...[aina pernah beli barangan dari intan]


cik intan...sila pilih saya yang cun ni ye?? supaya saya dapat keychain nama saya yang cute ni.... heheheh...
dah pening dengan perkataan cute, comel dan cun...hahahaha 


jom ramai-ramai join ....tarikh tutup sempena birhtday cik intan iaitu 31 jan 2011 [cik intan, 2010 sudah lepas....sila tukar tahun ye?]


p/s: intan, aina sudah memenuhi syarat-syarat...[kecewa sebab tak dapat jadi follower ke 222] (T_T)

Saturday, December 25, 2010

pengumuman pemenang GA krafaina...

Assalamualaikum....
Alhamdulillah kerana hari ni aina ada waktu untuk update blog dan langsung mengumumkan pemenang GA...


maaf kerana krafaina tak dapat mengumumkan pemenang GA semalam atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan....



pemilihan pemenang di tapis sebanyak 3x. [oleh 2orang kakak]


dan cabutan undian untuk yang paling bertuah di buat oleh saya sendiri...


ok..sudah masanya mengumumkan pemenang....
pemenang GA 
1st : mama zharfan  - http://suzie284contest.blogspot.com/2010/12/krafaina-1st-giveaway.html 


2nd: fa10 - http://fa10-suka2aje.blogspot.com/2010/12/krafaina-1st-ga.html


cop..cop..cop..
ada lagi satu berita gembira...
kakak cadangkan saya tambah lagi seorang pemenang...

so..saya cabut lagi satu nombor...
dan yang bertuah.....


cherita  - http://chentakucherita.blogspot.com/2010/12/krafaina-1st-ga.html


tahniah kepada pemenang yang bertuah...kepada yang tak berjaya...lain kali jika ada rezeki..InsyaAllah krafaina akan buat GA lagi...


p/s: kepada yang bertuah, sila email saya untuk menebus hadiah...
terima kasih...

Wednesday, December 22, 2010

kasut baby [warna dan pattern berbeza]

Assalamualaikum...


terima kasih kepada pengunjung yang sudi singgah di zon krafaina....semoga anda baik-baik sentiasa..Amin...
selamat menjamu mata dengan warna dan pattern baru, kasut baby dari krafaina...


sesuai juga untuk baby boy..
red
QasehShoe

pilihan warna benang untuk kasut baby.
p/s: kepada sesiapa yang berminat sila email saiz tapak kaki anak anda di krafaina@gmail.com  atau dengan senang hati mengisi form di bawah blog ini...

p/s: hari ini hari terakhir promosi harga pengenalan kepada QasehShoe. terima kasih kepada sesiapa yang sudah menempah...

terima kasih...

'krafaina 1st Giveaway' closed

Assalamualaikum....

kepada semua pengunjung...seperti yang telah di janjikan, mengikut tarikh yang telah di tetapkan, 'krafaina 1st Giveaway' telah tutup...


pengumuman pemenang bertuah akan di umumkan pada hari jumaat. jika tiada halangan [InsyaAllah...]

namun, krafaina akan update kraf dari masa ke semasa mengikut kelapangan... 
terima kasih kepada semua yang menyertai krafaina Giveaway..
semoga anda berjaya

p/s: tempahan sentiasa di buka. kepada sesiapa yang mahu menempah kraf dari krafaina boleh menghantar email ke krafaina@gmail.com

Tuesday, December 21, 2010

krafaina 1st Giveaway

Assalamualaikum...........
memandangkan pemilik krafaina [saya la ^_^]sedang bercuti sem dan mempunyai sedikit masa terluang, dengan berbesar hati krafaina mengadakan 1st Giveaway sempena hampir setahun krafaina berada di alam maya. [terima kasih kepada yang menyokong keberadaan krafaina di sini]
jom baca syarat-syarat, pemilihan pemenang, dan hadiah 'krafaina 1st giveaway'.




Syarat-syaratnya:
1- seikhlas hati follow blog krafaina dan share link krafaina di blog anda.
2- buat entry tentang giveaway ini.[tajuk entry 'krafaina 1st Giveaway']. [mohon bagi satu pandangan atau cadangan untuk krafaina]
3- Nyatakan salah satu kraf yang paling anda suka dalam blog     krafaina
4- sila tag 3 orang rakan anda untuk join Giveaway ini.... [pastikan rakan anda tahu blog mereka di tag dengan cara tinggalkan pesanan di shout box atau ruangan komen mereka]
5- memiliki akaun CIMB atau Maybank...
6- jangan lupa tinggalkan link entry anda di ruangan komen entry ini...
7- tarikh tutup penyertaan 10 hari dari hari ini...[21 disember 2010] jam 11pm.


pemilihan pemenang:
1- krafaina akan memilih dua orang pemenang..
2- peserta akan di adili oleh tiga orang termasuk saya dan dua orang kakak.
3- entry terbaik akan di pilih.


jom cerita pasal hadiah pula...:
krafaina akan menghadiahkan sejumlah wang kepada pemenang yang terpilih...
wang tersebut akan di bank in ke dalam akaun bank pemenang [sama ada CIMB atau Maybank]


1- wang tunai RM30 [yang akan di bank in ke dalam akaun anda]
2- wang tunai RM10 [yang akan di bank in ke dalam akaun anda]


p/s: maklumat tentang 'krafaina 1st giveaway' akan di update dari masa ke semasa.[jika perlu] jom ajak kawan ramai2 join giveaway....
p/s/s: saya akan tag semua rakan-rakan yang ada di dalam list saya... [maaf tak dapat tulis nama satu persatu di sini]


p/s/s/s: sila ke bawah untuk tengok entry baru

Monday, December 20, 2010

kasut baby

Assalamualaikum....


Terlebih dahulu... terima kasih kepada semua yang sudi menyertai 'krafaina 1st Giveaway'. masih ada satu hari lagi untuk sesiapa yang belum sertai nak sertai GA ini...cepat-cepat ye...


hrumm... diam-diam sudah empat hari saya tak update blog. lama juga ya? sibuk dengan aktiviti sendiri.. hujung minggu bersama keluarga...jalan-jalan memenuhi waktu cuti...
dalam sibuk menghabiskan cuti semesta sempat juga saya menyiapkan beberapa pasang kasut baby..


memandangkan ramai yang sertai GA krafaina memberi cadangan supaya saya mempelbagaikan kraf di krafaina, maka saya gagahi juga untuk menyiapkan kasut baby ni...
sebenarnya saya tidak mahu buat banyak-banyak kraf, kerana bimbang jika tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan kelak... tapi kali ni saya cuba juga. semoga saya sentiasa dapat memenuhi kehendak pembeli..InsyaAllah....


saya namakannya sebagai QasehShoe sempena nama anak buah yang sentiasa menggayakan barangan kraf yang saya hasilkan.. ^_^
saya sudah beberapa kali menghasilkan kasut ini untuk Qaseh. tapi tak berani nak tunjukkan dalam blog. sudah beberapa kali kakak suruh masukkan ke dalam blog.akhirnya...hari ni saya masukkan juga...


jom layan gambar...
semoga semua yang tengok bakal jatuh cinta...hehehe
krafaina: QasehShoe
QasehShoe
saiz tapak


p/s: kepada sesiapa yang sudah jatuh cinta (^_-), boleh membuat pesanan... krafaina mengadakan harga promosi selama 3 hari untuk QasehShoe....
sila email krafaina@gmail.com atau terus mengisi detail pada borang di bahagian bawah blog. 
terima kasih

Thursday, December 16, 2010

bookmark pompon..

Assalamualaikum...

terima kasih kepada yang telah menyertai 'krafaina 1st Giveaway'.
masih ada masa lagi kepada sesiapa yang belum sertai...

sekarang jom tengok bookmark baru...
bokmark pompon dari krafaina...

bookmark pompon...
terima kasih atas sokongan anda...
p/s: kepada sesiapa yang nak tempah boleh email krafaina@gmail.com

Wednesday, December 15, 2010

AinaHat [half folds]

Assalamualaikum...
hari ini krafaina ada barang baru..topi baby...
ada story sikit pasal topi ni...


al-kisahnya topi yang sedang digayakan ni...[ada model ye?hehehe.. ada permintaan supaya topi digayakna oleh model] topi ini dikait oleh mak tercinta...
untuk pengetauan semua...topi baby ni sudah berusia 20 tahun... lama tak? lama tak?? adik bongsu sudah berusia 20 tahun sekarang... :)


anak kakak
bermula dari..saya pulang ke kampung dan menceritakan kepada mak, saya membuat perniagaan kraf mengait di internet. mak faham tak faham je lah... dia tahu internet tapi mungkin tidaklah mendapat gambaran detail... ^_^
semua hasil kraf yang baru saya buat, saya tunjukkan kepada mak..
termasuklah topi-topi semua... beliau tersenyum melihatnya... katanya banayk lagi pattern yang beliau boleh ajarkan selain yang sudah ada...wah...gumbiranya...ehehehe...
cari punya cari dalam simpanan beliau saya dapat topi ni...chommel... ^_^


saya pun cubalah setelah diajar oleh mak... ni hasilnya... hahahaha...




mesti la mak buat lagi cantik. bila tunjuk pada beliau...ada sedikit komen...hahahaha
sesiapa nak komen, pun boleh... hehehe


p/s: sesiapa yang mahu tempah juga boleh...sila email krafaina@gmail.com

Tuesday, December 14, 2010

kerongsang

Assalamualaikum.....


semoga pelayar-pelayar blog krafaina baik-baik sentiasa...
jom join Giveaway krafaina... semoga berjaya kepada yang telah menyertai...


jom tengok kerongsang...
kerongsang bunga ros ni untuk family saya....
saya buatkan setiap orang dalam rumah untuk raya pertama ikut tema baju masing-masing...
kira krafaina sponsor kerongsang raya la...cewah~


huhuhu...semua kaler adakan?
kalau orang tegok kerongsang mesti cakap warna warni raya pertama kami...

Al kisahnya... kami beli baju pattern yang sama... baju cotton. tapi tanah putih, bunganya saja yang berbeza... ha..warna bunga ros kerongsang ni sama dengan warna bunga baju masing-masing....
kira tema putih la ni...


p/s: anda juga boleh melakukan hal yang sama.... seragam satu family....

Sunday, December 12, 2010

head band dan kerongsang [tempahan majlis]

Assalamualaikum....


Lebih kurang dua minggu lepas kakak saya mengadakan majlis kenduri cukur jambul anak gadisnya. memandangkan ini anak perempuan pertamanya setelah empat anak lelaki, dia berhajat nak buat secara meriah...


segala perancangan dibuat dari awal...
macam-macam dirancang supaya perfect. dipendekkan cerita, salah satunya supaya majlis kelihatan cantik atau bertema... kakak menempah headband untuk si gadis kecil dan kerongsang untuk ibu-ibu..[kakak sponsor la ni] nasib la bilangan si gadis kecil cuma lima orang..


temanya putih pink. jadi inilah hasilnya dari krafaina...


jom tengok ni...

semua yang di tempah 

yang tengah special untuk gurl yang di raikan
yang tengah, bunga ros.
untuk anak buah yang suka sangat tengok kerongsang  yang saya pakai setiap hari. hehehe
special~! bunga 6 kelopak.
warna berbeza untuk family saya [kiri dan sekuntum ros] dan family suami kakak.[kanan]
kesemuanya
sekeping gambar ketika majlis...
si kecil yang diraikan dikelilingi oleh gadis-gadis manis.
opss...ada seorang hero tersesat di sana...
ibu-ibu juga turut serta... [kakak berbaju putih]
p/s: kepada sesiapa yang nak melakukan perkara yang sama seperti kakak, boleh tempah di krafaina@gmail.com
nyatakan tema warna majlis anda...

terima kasih

Saturday, December 11, 2010

Sarung handphone [tempahan dari intan ]

Assalamualaikum....


semoga semua pengunjung zon krafaina berada dalam keadaan yang baik dan sentiasa segar...Amin....


sekarang nak cerita pasal sarung hand phone yang baru...tempahan dari seorang kawan blog dan crafter juga...intan namanya...


saya sudah pos semalam ye intan...
tak tahulah dah sampai ke belum kat intan...kalau belum, intan tengok gambar dulu la ye?? dah tak surprise la dah...heheheh


jom layan...


intan minta simple macam ni... ye ke intan? hehehe...

hrum...yang ni saya letak bunga...aksesori tambahan...hehe
bergantung pada kehendak customer ye?

p/s: intan, nanti komen ye??
p/s/s: kepada sesiapa yang nak order email krafaina@gmail.com ye?? bagi saiz hp anda ye?panjang, lebar, tebal... ^_-



Wednesday, December 8, 2010

bookmark baru..

Assalamualaikum...
krafaina sudah menyiapkan beberapa contoh bookmark baru...
 jom tengok gambar...


kepada sesiapa yang berminat boleh membuat tempahan di krafaina@gmail.com

terima kasih....

Friday, December 3, 2010

plastik untuk kraf

Assalamualaikum....

salam ukhwah kepada semua pengunjung zon krafaina....
post entry kali ni krafaina tak tunjuk kraf crochet baru...
tapi....
krafaina nak kongsi barang ni dengan crafters yang ada di sini...kalau tak ada di sini, sila ajak kawan-kawan crafter yang lain singgah sebentar di sini....
barang ni mungkin dapat membantu crafters untuk mempamer kraf dengan lebih baik.... ^_^
barangan ini dirasakan sukar didapati di banyak tempat. lama juga krafaina mencari plastik ini...
jom tengok ni....

tadaaaa....

ukuran panjang seperti yg ditunjukkan anak panah dr atas ke bawah..
[bahagian bawah sehingga ke pelekat]
98-100pcs /pack
kepada crefters yang berminat sila email di krafaina@gmail.com
sementara stock masih ada....

p/s: jika ada yang nak saiz lain, sila nyatakan saiz yang anda mahu. krafaina akan cuba mencari saiz yang anda mahu jika ada stok. 
terima kasih~
p/s/s: krafaina akan bercuti sehingga hari selasa.... sebarang pertanyaan akan dijawab selepas hari selasa atau [jika ada masa terluang sepanjang cuti, krafaina akan menjawab email anda]
terima kasih~
p/s/s/s: sebarang tempahan akan dihantar pada hari rabu. sila buat pembayaran ke akaun yang dinyatakan di blog dan email detail [tarikh, masa, jumlah] pembayaran]
terima kasih~

Wednesday, December 1, 2010

topi baby [AinaHat]

Assalamualaikum..

sekarang ni aina sangat busy dengan kehidupan...ke sana..ke sini.. tak duduk diam.
masih belum berpijak di bumi yang nyata lagi...
bukan la bermaksud aina ke bulan... hehehe... tapi kesibukan tak mengizinkan aina berada di sini lama-lama.
tapi aina masih boleh meluangkan masa menjawab semua email yang customer hantar...InsyaAllah....
tapi maaf jika sedikit terlambat...

krafaina telah menyiapkan design topi yang baru... ^_^
tapi tak tahu nak bagi nama apa pada topi ni... hehehe
tak apalah...jom tengok gambar topi...

tadaaaaa..........


gabungan 2 warna benang. topi ni kelihatan terletak...


p/s: kepada sesiapa yang berminat, boleh membuat tempahan melalui email di krafaina@gmail.com

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sila tinggalkan pesanan, komen, atau order anda di sini...