semoga pelayar-pelayar blog dan crafter yang singgah di zon krafaina sentiasa dilindungi Allah...
bukan mahu update kraf..cuma berkongsi cerita...
petang tadi tamat sudah final paper untuk exam sem ini...
Aina berasa sungguh lega.. ^_^ setelah berminggu-minggu bertungkus lumus study tanpa menghiraukan keadaan sekeliling...
sudah lama juga tidak mengait... rindu rasanya...
sekarang mahu siapkan beberapa tempahan headband untuk kenduri hujung minggu ni...
petang tadi exam habis jam 5.30pm. sampai di rumah waktu maghrib. jem di KL membuatkan perjalanan saya menjadi lambat.
jam 8pm saya keluar untuk membeli benang. stock benang sudah hampir habis.
sampai di kedai pertama, saya minta harga dikurangkan jika saya mahu beli dalam kuantiti yang banyak. aunty kedai cakap, tak boleh sebab benang sudah naik harga. wah~ kecewa.
saya ke kedai seterusnya. juga sudah naik... lebih sikit dari kedai pertama...
adoi.... sudahlah warna yang limited, harga pula naik.
macam mana mahu memiliki benang yang banyak selepas ini??
p/s: krafaina masih belum menaikkan harga hasil kraf kerana stok benang lama masih ada...
jom beli kraf di sini banyak-banyak sebelum harganya naik.... (^_-)
1 comment:
nk beli bleh...hehehe...ada ke org wt casing hp pkai benang ni...klu aina bleh wt bg tau ye...huhuhu
Post a Comment